Thursday, 4 June 2009

Reunion di The Curve, Cineleisure & Ikano 4


Tamat satu permainan boling, perut terasa lapar. Qusyairi telah mendahului dengan mata sebanyak 110 dan diikuti Bashier dengan mata sebanyak 108. Pemain yang paling corot adalah Ika dengan mata... rasanya dalam 50 lebih kot. Takpelah.. Tak penting. Hahahaha!


Seperti yang dikatakan tadi, kami kelaparan selepas penat bermain. Memang best, tapi makan lebih penting. Yahoo! Kami bersama-sama menuju ke Teh Tarik Place di The Curve. Sebelum itu, tidak lupa mengerjakan solat Zohor dahulu. Bagi yang tidak boleh bersolat, kami telah menghabiskan masa dengan bermain permainan lumba kereta. Wohoo!

Reunion di The Curve, Cineleisure & Ikano 3



Tamat permainan pool yang langsung tak masuk akal dan banyak penipuan (sebenarnya tak puas hati sebab kalah), kami beralih pula kepada boling. Pusat boling di Cineleisure yang kami masuki milik Shalin Zulkifli dan suaminya yang juga pemain boling negara yang tidaklah saya ingat namanya. Kami bermain dengan bising sekali seperti mana pelajar kelas alfa yang sentiasa dimarahi kerana membuat bising di sekolah dahulu. Kami memang merupakan kumpulan pelajar yang paling kecoh sekali yang pernah korang jumpa (kalau korang jumpa).
Walau bagaimanapun, kami bukan pelajar-pelajar bermasalah. Biarpun sentiasa membuat bising dan tidak semua yang pandai dalam pelajaran, kami sentiasa berusaha dalam banyak perkara. Aktiviti yang kami lakukan juga merupakan aktiviti yang sihat. Tengoklah, main pool dan berkaraoke sebab dekat rumah takde set karaoke, juga takut mengganggu jiran. Main boling di pusat boling. Tidak lupa juga, mencuba sedaya upaya mengambil gambar yang berkualiti tinggi (walaupun tak berjaya) serta cover macho dan control cun di hadapan kamera.
Tidak lupa juga, ketika permainan berlangsung, Haziqah tiba bersama Anis dan adiknya. mereka sedikit lambat. Tetapi masih sempat Haziqah menyelit sekali untuk bermain. Melihatkan pada lagaknya, wah! Macam professional. Tetapi, seperti yang anda semua sedia maklum akan apa yang bakal saya beritahu, bola masuk ke dalam longkang sebaik sahaja di baling, titik.

Reunion di The Curve, Cineleisure & Ikano 2


Apabila sudah lama tidak bertemu, sudah tentulah ada sedikit kejanggalan ketika mula-mula bertemu. Walau bagaimanapun, itu hanya sementara. Tidak lama selepas itu, kami menjadi lebih mesra dan lebih bebas bercakap apa sahaja. Perkara pertama yang kami lakukan sementara menunggu rakan-rakan yang lain adalah bermain pool. Terdapat dua orang yang berkaraoke di dalam bilik yang maha kecil!
Aku tak pandai pun main pool. Tapi, hantam sajalah labu! Gambar di dalam bilik karaoke ada Bashier, Hizami dan Fair0l. Yang sedang bermain pool itu pula adalah Qusyairi. Bashier datang menyertai kami setelah beberapa lama terkurung dengan mereka yang menyumbang serta mensumbangkan suara di dalam bilik kecil itu.
Setelah lama berkaraoke, Hizami dan Fair0l pun menyertai kami bermain pool. Ketika itu juga disambut ketibaan Danial dan Anna yang datang bersama. Danial dan Anna telah bersama sejak kami di tingkatan empat lagi. 'Kalau Anna tak keluar daripada sekolah teknik dan balik ke SMK Seksyen 4 Kota Damansara, diorang mungkin takkan macam sekarang', kata Ika.

Reunion di The Curve, Cineleisure & Ikano 1

Sudah lama tidak bertemu, apabila berkumpul, keseronokan cukup terasa. Jurang masa yang telah memisahkan kami juga telah merubah keperibadian kami baik dari segi pemakaian dan personaliti, cara pergaulan sehinggalah pemikiran yang lebih matang. Kesemuanya mendewasakan kami. Kesemua yang kami lalui adalah pengajaran tentang hidup dan kini, kami telah hidup mencecah 19 tahun. Biarpun begitu, apabila bersama, kami tetap individu yang sama. Kami tidak janggal. Pertemuan ini menambahkan kemesraan hubungan kami. Perpisahan yang lama tidak langsung menjejaskan hubungan kami, malah kami menjadi lebih rapat berbanding dahulu.