Apabila sudah lama tidak bertemu, sudah tentulah ada sedikit kejanggalan ketika mula-mula bertemu. Walau bagaimanapun, itu hanya sementara. Tidak lama selepas itu, kami menjadi lebih mesra dan lebih bebas bercakap apa sahaja. Perkara pertama yang kami lakukan sementara menunggu rakan-rakan yang lain adalah bermain pool. Terdapat dua orang yang berkaraoke di dalam bilik yang maha kecil!
Aku tak pandai pun main pool. Tapi, hantam sajalah labu! Gambar di dalam bilik karaoke ada Bashier, Hizami dan Fair0l. Yang sedang bermain pool itu pula adalah Qusyairi. Bashier datang menyertai kami setelah beberapa lama terkurung dengan mereka yang menyumbang serta mensumbangkan suara di dalam bilik kecil itu.
Setelah lama berkaraoke, Hizami dan Fair0l pun menyertai kami bermain pool. Ketika itu juga disambut ketibaan Danial dan Anna yang datang bersama. Danial dan Anna telah bersama sejak kami di tingkatan empat lagi. 'Kalau Anna tak keluar daripada sekolah teknik dan balik ke SMK Seksyen 4 Kota Damansara, diorang mungkin takkan macam sekarang', kata Ika.
No comments:
Post a Comment