Wednesday, 3 June 2009

Kanak-kanak 2


Menerima apa sahaja yang diberikan tanpa memikirkan baik buruk kesan daripada tindakannya. Di dunia kanak-kanak, tiada apa yang tidak baik. Kesemua yang dilihat atau disentuh adalah selamat. Mengapa dunia yang sebenar tidak begitu? Hakikatnya, tiada apa yang selamat di dunia kanak-kanak bagi orang dewasa. Apa yang membuatkan dunia mereka selamat adalah perlindungan daripada kita. Tetapi, bagaimana pula jika kita yang menjadi ancaman kepada kanak-kanak? Ancaman kepada kanak-kanak hanya akan menggelapkan pandangan mereka terhadap masa hadapan. Apa yang kelihatan pada minda mereka hanyalah kengerian yang tidak pernah menggembirakan. Hutang emas dibayar emas, hutang darah dibayar darah. Kekejaman bagi mereka harus dibalas dengan kekejaman juga sehinggalah mereka bertukar menjadi manusia yang lebih kejam daripada kekejaman yang pernah mereka saksikan.

No comments:

Post a Comment