Thursday, 30 July 2009

Reunion di The Curve, Cineileisure & Ikano 10


Hari semakin lewat. Hendak atau tidak, kami terpaksa berpisah. Perjumpaan kami hanya sampai di sini sahaja. Entah bila lagi kami boleh berkumpul seperti ini. Bila-bila pun ia, aku harap, ini bukan kali terakhir.

Satu hari untuk diingati: 28 Jun 2009

Reunion di The Curve, Cineileisure & Ikano 9


Oleh kerana terlalu suka bersembang dan bergambar, separuh daripada kami mengambil keputusan untuk mengakhiri reunion ini di tasik seksyen 6. Pada asalnya kami berura-ura untuk ke tasik seksyen 9. Tetapi entah kenapa kami tersesat ke seksyen 6 pula. Terdapat sedikit kekeliruan yang tidak perlu dijelaskan di situ.

Reunion di The Curve, Cineileisure & Ikano 8


Berbanding melakukan aktiviti bersama, kami lebih suka menghabiskan masa dengan berkumpul dan bersembang. Setiap perbicaraan kami parti dihiasi dengan gelak ketawa, ejekan dan ajukan, wajah yang berkerut-kerut, luahan perasaan dan banyak lagi... Semua itu adalah tabiat kami yang tidak mungkin dapat diubah walau pun seribu tahun mendatang.

Reunion di The Curve, Cineileisure & Ikano 7

Kebetulan di Ikano ada Bird Park. Terasa seperti melancong bersama rakan-rakan sekolah. Rakan-rakan di sekolah dan rakan-rakan di universiti sangat lain. Rakan-rakan sekolah, kami telah saling mengenali terlebih dahulu. Biarpun sudah lama tidak berjumpa, kami tetap tidak kekok, malah lebih rapat lagi.

Kami tidak kisah akan sikap masing-masing kerana kami telah pun arif akan hal itu. Kami lebih berminat terhadap perkembangan diri setiap orang. Kisah lama diimbau dan kami masih kebudak-budakan seperti dahulu setiap kali bersama. Segala tekanan yang kami hadapi dapat dilupakan untuk sementara waktu...

Perjumpaan kali ini sama dengan pelancongan. Keriangannya hanya sementara, tetapi terkesan sampai bila-bila.

Reunion di The Curve, Cineileisure & Ikano 6


Sempat lagi bergambar sebelum ke Ikano

Lihat tu.. Belakang Bashier!


Belakang Bashier ada Obri..

Reunion di The Curve, Cineileisure & Ikano 5


Di The Curve, terdapat satu restoran berkonsepkan warung iaitu The Teh Tarik Place. Boleh tahanlah. Harganya agak berpatutan kalau nak dibandingkan dengan tempat lain di The Curve. Di situ, kami ternampak seorang bintang Akademi Fantasia yang sedang lepak dengan rakan-rakannya. Obri yang terkeluar awal duduk betul-betul di belakang meja kami. Melihat kamera Nikon D60 aku, mungkin dia berasa sedikit cemas. Hahaha! Malangnya, aku bukan paparazzi ataupun fanatik Akademi Fantasia. Aku mengecam Obri pun secara tidak sengaja menonton Trek Selebriti di rumah mak cik.

Thursday, 4 June 2009

Reunion di The Curve, Cineleisure & Ikano 4


Tamat satu permainan boling, perut terasa lapar. Qusyairi telah mendahului dengan mata sebanyak 110 dan diikuti Bashier dengan mata sebanyak 108. Pemain yang paling corot adalah Ika dengan mata... rasanya dalam 50 lebih kot. Takpelah.. Tak penting. Hahahaha!


Seperti yang dikatakan tadi, kami kelaparan selepas penat bermain. Memang best, tapi makan lebih penting. Yahoo! Kami bersama-sama menuju ke Teh Tarik Place di The Curve. Sebelum itu, tidak lupa mengerjakan solat Zohor dahulu. Bagi yang tidak boleh bersolat, kami telah menghabiskan masa dengan bermain permainan lumba kereta. Wohoo!

Reunion di The Curve, Cineleisure & Ikano 3



Tamat permainan pool yang langsung tak masuk akal dan banyak penipuan (sebenarnya tak puas hati sebab kalah), kami beralih pula kepada boling. Pusat boling di Cineleisure yang kami masuki milik Shalin Zulkifli dan suaminya yang juga pemain boling negara yang tidaklah saya ingat namanya. Kami bermain dengan bising sekali seperti mana pelajar kelas alfa yang sentiasa dimarahi kerana membuat bising di sekolah dahulu. Kami memang merupakan kumpulan pelajar yang paling kecoh sekali yang pernah korang jumpa (kalau korang jumpa).
Walau bagaimanapun, kami bukan pelajar-pelajar bermasalah. Biarpun sentiasa membuat bising dan tidak semua yang pandai dalam pelajaran, kami sentiasa berusaha dalam banyak perkara. Aktiviti yang kami lakukan juga merupakan aktiviti yang sihat. Tengoklah, main pool dan berkaraoke sebab dekat rumah takde set karaoke, juga takut mengganggu jiran. Main boling di pusat boling. Tidak lupa juga, mencuba sedaya upaya mengambil gambar yang berkualiti tinggi (walaupun tak berjaya) serta cover macho dan control cun di hadapan kamera.
Tidak lupa juga, ketika permainan berlangsung, Haziqah tiba bersama Anis dan adiknya. mereka sedikit lambat. Tetapi masih sempat Haziqah menyelit sekali untuk bermain. Melihatkan pada lagaknya, wah! Macam professional. Tetapi, seperti yang anda semua sedia maklum akan apa yang bakal saya beritahu, bola masuk ke dalam longkang sebaik sahaja di baling, titik.

Reunion di The Curve, Cineleisure & Ikano 2


Apabila sudah lama tidak bertemu, sudah tentulah ada sedikit kejanggalan ketika mula-mula bertemu. Walau bagaimanapun, itu hanya sementara. Tidak lama selepas itu, kami menjadi lebih mesra dan lebih bebas bercakap apa sahaja. Perkara pertama yang kami lakukan sementara menunggu rakan-rakan yang lain adalah bermain pool. Terdapat dua orang yang berkaraoke di dalam bilik yang maha kecil!
Aku tak pandai pun main pool. Tapi, hantam sajalah labu! Gambar di dalam bilik karaoke ada Bashier, Hizami dan Fair0l. Yang sedang bermain pool itu pula adalah Qusyairi. Bashier datang menyertai kami setelah beberapa lama terkurung dengan mereka yang menyumbang serta mensumbangkan suara di dalam bilik kecil itu.
Setelah lama berkaraoke, Hizami dan Fair0l pun menyertai kami bermain pool. Ketika itu juga disambut ketibaan Danial dan Anna yang datang bersama. Danial dan Anna telah bersama sejak kami di tingkatan empat lagi. 'Kalau Anna tak keluar daripada sekolah teknik dan balik ke SMK Seksyen 4 Kota Damansara, diorang mungkin takkan macam sekarang', kata Ika.

Reunion di The Curve, Cineleisure & Ikano 1

Sudah lama tidak bertemu, apabila berkumpul, keseronokan cukup terasa. Jurang masa yang telah memisahkan kami juga telah merubah keperibadian kami baik dari segi pemakaian dan personaliti, cara pergaulan sehinggalah pemikiran yang lebih matang. Kesemuanya mendewasakan kami. Kesemua yang kami lalui adalah pengajaran tentang hidup dan kini, kami telah hidup mencecah 19 tahun. Biarpun begitu, apabila bersama, kami tetap individu yang sama. Kami tidak janggal. Pertemuan ini menambahkan kemesraan hubungan kami. Perpisahan yang lama tidak langsung menjejaskan hubungan kami, malah kami menjadi lebih rapat berbanding dahulu.

Wednesday, 3 June 2009

Foto Kanak-kanak 5















Foto Kanak-kanak 4 (Adriana)
















Foto Kanak-kanak 3
















Foto Kanak-kanak 2
















Foto Kanak-kanak 1
















Kanak-kanak 2


Menerima apa sahaja yang diberikan tanpa memikirkan baik buruk kesan daripada tindakannya. Di dunia kanak-kanak, tiada apa yang tidak baik. Kesemua yang dilihat atau disentuh adalah selamat. Mengapa dunia yang sebenar tidak begitu? Hakikatnya, tiada apa yang selamat di dunia kanak-kanak bagi orang dewasa. Apa yang membuatkan dunia mereka selamat adalah perlindungan daripada kita. Tetapi, bagaimana pula jika kita yang menjadi ancaman kepada kanak-kanak? Ancaman kepada kanak-kanak hanya akan menggelapkan pandangan mereka terhadap masa hadapan. Apa yang kelihatan pada minda mereka hanyalah kengerian yang tidak pernah menggembirakan. Hutang emas dibayar emas, hutang darah dibayar darah. Kekejaman bagi mereka harus dibalas dengan kekejaman juga sehinggalah mereka bertukar menjadi manusia yang lebih kejam daripada kekejaman yang pernah mereka saksikan.

Kanak-kanak 1


Biarpun berada di tempat yang begitu asing, mereka tetap merangkak seperti di tempat sendiri. Meneroka dan mendalami, mempelajari dan mengajar, bergembira dan menggembirakan. Mereka tidak merasa terbatas untuk melakukan sesuatu meskipun tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri. Pada usia yang awal, mereka tidak mengenali kesusahan, tidak mengenali keperitan kehidupan. Sebenarnya, mereka tidak mengenali apa-apa pun.



Kanak-kanak




Apabila tibanya kenduri-kendara, maka yang diraikan akan terasa bahagia, orang dewasa sibuk menguruskan majlis, pemuda-pemudi membantu apa yang patut dan para remaja kebosanan, tetapi kanak-kanaklah yang paling gembira sekali bersama ragam yang pelbagai.

Di kesempatan itu, saya mengambil peluang untuk merakamkan pelbagai ragam, ekspresi dan keindahan dunia kanak-kanak. Mereka hidup tanpa mengenal erti kekhilafan. Mereka hidup dengan ketulusan dan kesucian.